Selain turun ke lapangan, kami juga membuat carian di Internet mengenai kawasan perumahan Taman Tasik Bangi 3. Kami mendapati beberapa iklan program dimuat naik menerusi carian di Google tentang aktiviti-aktiviti di kawasan perumahan dan aktiviti di Surau Ar Raudhah.
Kami juga berkesempatan beramah mesra dengan kanak-kanak di Kelas Pengajian Agama yang dijalankan di salah sebuah pusat asuhan di taman ini. Majoriti pelajar-pelajar kelas ini adalah daripada penduduk kawasan taman ini juga.
No comments:
Post a Comment