Sunday, 20 December 2015

Proposal

                                   




LMCR 2273
Apresiasi Teknologi Maklumat

TAJUK PROJEK

Projek Penubuhan Laman Sesawang Taman Tasik Bangi 3

NAMA PENSYARAH :
Encik Ahmad Rafizi Salleh

TEMA PROJEK :
“Maklumat Di Hujung Jari”

AHLI KUMPULAN :
Mohd Fazli Bin Zainal(A151167)
Nur Umira Aida Binti Ali (A149075)
Nurhazwani Binti Junaidi(A151037)
Norshahira Binti Mat Saad (A150787)
Mohamad Azranie Bin Hamidi(149442)
Noorfarah Izaty Binti Nazri (A151075)
Wan Nor Adila Binti Wan Mohd Parid (A149446)
Muhammad Izzul Naim Bin Shaharudin (A151028)
              


1.0      PENGENALAN

Laman sesawang adalah menjadi alternatif paling relevan pada era globalosasi ini. Segala maklumat mampu diakses dengan hanya melayari internet. Promosi dan pemasaran haruslah menggunakan media baru ini bagi memudahkan maklumat sampai ke pengguna akhir ataupun pelanggan.  Pengetahuan tentang teknologi serta kemahiran menggunakan teknologi perlulah diketahui oleh masyarakat bagi memudahkan segala urusan kerja seharian. Projek ini kami jalankan atas dasar ingin memudahkan lagi penyampai maklumat tentang kawasan taman perumahan tersebut.

2.0       OBJEKTIF

  • Memudahkan penyampaian maklumat dengan lebih cepat seiring dengan kemajuan teknologi.
  • Mempromosikan kawasan taman tasik 3 bangi melalui laman sesawang agar lebih mudah dikenali oleh masyarakat.
  • Maklumat yang diterima lebih mudah dan tidak memakan kos yang banyak.

3.0       PERSOALAN

  • Bagaimanakah cara untuk membolehkan penyampaian maklumat berlaku dengan lebih cepat dan mudah.
  • Apakah kawasan Taman Tasik Bangi 3 dikenali oleh masyarakat umum dan  masyarakat kawasan itu sendiri.
  • Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat dengan cara tidak menelan kos yang banyak.



4.0       PERMASALAHAN KAJIAN

Kawasan Taman Tasik Bangi 3 ini kurang dikenali oleh masyarakat sekililing bahkan penduduk di kawasan tersebut sendiri, mereka hanya tahu kewujudan Taman Tasik Bangi 3 tersebut secara sedia ada. Maklumat mengenai Taman Tasik Bangi 3 tersebut juga kurang diketahui oleh penduduk kawasan sekitar dan masyarakat luar.

5.0       KAWASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di kawasan taman perumahan di sekitar kawasan bandar baru bangi iaitu Taman Tasik Bangi 3, kawasan kajian kami hanya tertumpu pada satu tempat sahaja. projek penubuhan laman sesawang bagi kawasan tersebut mula dilakukan pada 29 November hingga 16 Disember 2015.

6.0       PERANCANGAN PROJEK.


  • Projek ini dilaksanakan dengan mengambil kira faktor kemajuaan teknologi yang sedang pesat membangun di Malaysia.
  • Projek ini dilaksanakan oleh 8 orang pelajar yang mengambil kursus LMCR2277 Apresiasi Maklumat, yang mana projek ini merupakan satu kerja lapangan yang diberikan.
  • Projek penubuhan laman sesawang ini diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada masyarakat luar dan sebagai rasionalnya kami mengambil tindakan untuk membuat penubuhan laman sesawang bagi kawasan tersebut.
  • Menggunakan teknologi yang sedia ada kami telah cuba untuk menwujudkan satu laman sesawang yang mengandungi serba sedikit maklumat tentang kawasan Taman Tasik Bangi 3



7.0       PENUTUP
Kesimpulannya, diharapkan dengan adanya penubuhan laman sesawang mengenai kawasan perumahan Taman Tasik Bangi 3 ini akan dapat membantu serba sedikit pencapaian maklumat tentang kawasan tersebut sekaligus membantu mengurangkan kos untuk memperoleh maklumat, di samping dapat mempromosikan kawasan taman perumahan kepada masyarakat yang hendak membeli rumah ataupun menyewa di kawasan ini.

8.0       STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran 1

9.0       TENTATIF PELAKSANAAN PROJEK
Rujuk lampiran 2

10.0     BELANJAWAN
            Rujuk lampiran 3








Disediakan Oleh,
                                                                                               
_____________________                                                                                         
(Nurhazwani Bt Junaidi)                                                        
Setiausaha Apresiasi Celik Teknologi

Disediakan Untuk,

______________________
(Muhammad Izzul Naim Bin Shaharudin)
K.Pengarah Apresiasi Celik Teknologi

Disahkan oleh,

______________________
(ENCIK AHMAD RAFIZI BIN SALLEH)
Penyelaras Subjek  Apresiasi Teknologi Maklumat.







Lampiran 1


STRUKTUR ORGANISASI

PENASIHAT
Encik Ahmad Rafizi Bin Salleh
(Pensyarah Apresiasi Teknologi Maklumat)

KETUA PENGARAH
Muhammad Izzul Naim Bin Saharuddin

TIMBALAN PENGARAH 1
Mohd Fazli Bin Zainal

TIMBALAN PENGARAH 2
Noor Farah Izaty Binti Nazri

SETIAUSAHA
Nurhazwani Binti Junaidi

TIMBALAN SETIAUSAHA
Wan Nor Adila Binti Wan Mohd Parid

BENDAHARI
Nur Umira Aida Binti

PUBLISITI
Mohamad Azranie Bin Hamidi
Norshahira Binti Mat Saad


LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

15 November 2015

MASA
ACARA
TEMPAT
7.00a.m
Sarapan Pagi

7.30a.m
Bertolak
7.45a.m1
Tiba ke destinasi

Taman Tasik 3, Bangi
8.00a.m
Berkumpul bersama dengan ahli kumpulan


8.30 a.m
Menemuramah penduduk kawasan tersebut

12.30p.m
Makan tengahari dan solat zohor


2.00p.m

Menemuramah AJK tertinggi kawasan taman perumahan tersebut



2.30 p.m
Bertolak pulang ke UKM



LAMPIRAN 3

BELANJAWAN
Jumlah Anggaran Pendapatan

BIL.
PERKARA
RM
1.
Yuran kutipan ahli kumpulan   (RM2 X 7)
14.00
JUMLAH
14.00






Friday, 11 December 2015

Kawalan keselamatan

Tinjauan kami kali kelima sebelum mengamas kini maklumat-maklumat yang diperoleh adalah lebih mengfokuskan tentang kawalan keselamatan.  Kami menemubual pengawal keselamatan yang memperkenalkan diri sebagai Pak Cik Harun. Pak Cik Harun adalah ketua pengawal keselamatan di Perumahan Taman Tasik Bangi 3 dan menurut beliau pengawal keselamatan adalah daripada anggota RELA.

Kawalan keselamatan adalah 24 jam sehari dengan mempunyai 2 giliran bertugas. Setiap kali syif terdapat serama 3 orang pengawal keselamatan yang menjaga pintu utama dan 1 yang menjaga pintu kedua.  Rondaan dilakukan sebanyak sejam sekali pada waktu malam bermula jam 8 malam sehingga 7 pagi dan 3 jam sekali pada waktu siang.

Apabila ditanya mengenai pantauan daripada pihak polis, Pak Cik Harun berkata bahawa jika berlakunya kes-kes keselamatan, pihak polis kawasan akan datang dan membuat pemeriksaan. Setakat ini, walaupun kawalan keselamatan yang baik, kes-kes keselamatan seperti kecurian tetap berlaku terutamanya penghuni taman dari kalangan pelajar.

Berikut silampirkan beberapa foto semasa sesi temuramah di jalankan.










Sunday, 6 December 2015

Program Yang Diadakan


Selain turun ke lapangan, kami juga membuat carian di Internet mengenai kawasan perumahan Taman Tasik Bangi 3.  Kami mendapati beberapa iklan program dimuat naik menerusi carian di Google tentang aktiviti-aktiviti di kawasan perumahan dan aktiviti di Surau Ar Raudhah.















Kami juga berkesempatan beramah mesra dengan kanak-kanak di Kelas Pengajian Agama yang dijalankan di salah sebuah pusat asuhan di taman ini. Majoriti pelajar-pelajar kelas ini adalah daripada penduduk kawasan taman ini juga.





Kemudahan Yang Disediakan


Tinjauan kami pada lawatan kali ketiga bertarikh 11 November 2015 adalah mengfokuskan tinjauan terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan di kawasan perumahan Taman Tasik Bangi 3.  Kemudahan-kemudahan asas yang boleh dikategorikan sebagai keperluan bagi penduduk perumahan tersedia di kawasan perumahan ini.  Seperti yang kita boleh lihat gambar-gambar yang dipaparkan di bawah seperti Surau, padang, tadika dan taska. 



Surau Ar-Raudhah

Surau Ar-Raudhah

Tasik di Kawasan Taman Tasik Bangi 3

Tadika Tasik Bangi 3

Kelas Tahfiz bagi pelajar sekolah rendah dan menengah



Padang Taman Tasik Bangi 3



Padang Taman Tasik Bangi 3


Selain itu, kawasan perumahan ini mempunyai sistem rangkaian jalan raya yang baik. Akses ke jalan utama juga adalah kurang daripada 8 minit.  Di luar kawasan perumahan kira-kira 5 mnit, terdapat Klinik Desa dan deretan kedai-kedai yang menjual barang-barang keperluan.  Dengan kemudahan-kemudahan ini, penduduk di kawasan perumahan Taman Tasik Bangi 3 tidak mengalami sebarang kesulitan dalam kehidupan seharian.


Ahli Jawatan Kuasa Taman Tasik Bangi 3

Berikut merupakan ahli jawatankuasa Taman Tasik Bangi 3. Ahli jawatan kuasa yang mengendalikan urusan Perumahan Taman Tasik Bangi 3 ini terbahagi kepada organisasi taman dan organisasi surau. Kedua organisasi ini berkolaborasi dalam menganjurkan sebarang aktiviti taman yang melibatkan penduduk taman.

Menurut Pengerusi Taman Tasik Bangi 3, semua AJK dalam organisasi Taman dan Surau mempunyai pekerjaan sendiri namun mereka masih mampu komitment yang sepenuhnya terhadap organisasi taman.

Senarai AJK Taman Tasik Bangi 3

AJK Surau Taman Tasik Bangi 3







Friday, 4 December 2015

Latar Belakang Taman


Sesi temuramah dengan beberapa ahli jawatan kuasa taman serta ajk surau diadakan iaitu Pengerusi Taman, Ajk Keselamatan Taman, dan AJK Perhubungan Surau  bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai maklumat berkenaan taman.  Antara topik yang ditemu ramah adalah berkenaan latar belakang taman. Berikut merupakan latar belakang Perumahan Taman Tasik  Bangi 3:

Tanah taman ini sebenarnya dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan dipajak kepada pembeli rumah selama  99 tahun. Tanah di kawasan ini telah dibangunkan oleh Roniaga Sdn Bhd dan terdapat 3 fasa pembangunan di kawasan ini yang bermula pada tahun 2002, 2005 dan juga tahun 2013. Di dalam kawasan Taman Tasik Bangi 3 ini, Terdapat 4 jenis bentuk rumah yang dibangunkan iaitu rumah teres 2 tingkat bersaiz 20x70, 22x70, semi-dua tingkat dan semi-tiga tingkat.



            Taman ini terletak kira-kira 2km daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Hal ini menyebabkan kawasan perumahan ini menjadi tumpuan para pelajar universiti yang berhampiran untuk mendapatkan rumah sewa. Kebanyakkan rumah di kawasan ini sebenarnya didiami oleh pelajar universiti. Kawasan ini juga berhampiran dengan shopping mall yang agak popular di kawasan Bangi ini iaitu Bangi Gateway yang memudahkan penduduk di kawasan ini untuk mendapatkan segala barangan keperluan dan juga bersantai di pada hujung minggu. 



Peta Lokasi Taman Tasik Bangi 3
https://foursquare.com/v/taman-tasik-bangi-3/4d58efd64d9a721ef6803b0e



Kawasan Perumahan Taman Tasik Bangi 3


Kawasan Perumahan Taman Tasik Bangi 3


Pintu Masuk Utama Taman Tasik Bangi 3

Komposisi penduduk di Taman Tasik Bangi 3 majoritinya adalah kaum Melayu. Menurut Pengerusi Taman, peratusan penduduk Melayu adalah mencapai 99%  peratus manakala Cina dan India ialah 1%.  Hal ini disebabkan komposisi penduduk di sekitar Bangi majoritinya adalah kaum Melayu.